Seorang Pelatih Dalam Kamar (PDK)

Friday, May 2, 2025

kenangan cinta pertama


seperti tajuk yang tertera di atas, yes I want to talk about my first love.
terlihat sepertinya insignificant dalam hidupku kini, tapi sebenarnya kehadirannya sangat impactful, biar hanya seketika cuma.

aku sebenarnya baru lepas habis layan kdrama When Life Gives You Tangerine, lakonan IU and Park Bo Gum (yes aku automatically jadi fan Park Bo Gum ye lepas layan citer ni). terlalu sarat dengan life lesson ceritanya ni, Gwan Sik and Ae Sun, dua2 married young, sama macam aku. bezanya, mereka adalah cinta pertama each other. while me and my husband, nope, we were not each other first love. 

lepas layan cerita ni, disebabkan aku dah ter fan dekat Park Bo Gum, so aku layan pula cerita dia Reply 1988. ya, cerita ni sebenarnya yang buat aku teringat and terkenang pada cinta pertama aku. akan aku coretkan di sini, agar aku tidak lupa cerita ini pernah menjadi persinggahan dalam hidup aku yang cuma seketika ini. 

pertama sekali, sebagai mukadimah cerita kali ini, ingin aku luahkan yang I am not a perfect parent, jauh sekali ibu yang sempurna. aku kini di usia 33 tahun, sering saja merasa aku gagal menjadi seorang ibu yang baik untuk hero-hero aku. aku adalah serpihan kaca yang pecah berkali-kali, bersama balutan tampalan yang tak berkesudahan. mana mungkin aku mampu jadi yang terbaik dan sempurna buat anak-anak aku sedang aku sendiri pecah berkeping-keping. 

aku membesar dengan penuh kesederhanaan, tidak pernah mewah namun tidak pernah merasa miskin. arwah ayah aku merupakan seorang guru sekolah menengah dan mak aku surirumah sepenuh masa menjaga kami enam beradik. aku anak perempuan sulung, harapan keluarga. aku tidak pernah kecundang dalam akademik, aku dianugerahkan kecemerlangan dari segi akademik, dan dididik penuh kasih sayang oleh mak aku. tak pernah sejentik pun mak aku memarahi aku, tak pernah mak aku suruh aku buat kerja-kerja rumah, aku dilayan macam puteri dalam rumah tu, sangat mewah dengan kasih sayang ibu, namun sangat mengharapkan kasih sayang seorang ayah sebenarnya. 

bukan aku taktahu, ayah aku sayangkan aku dan adik-adik. cuma ayah being a typical asean dad, or particularly malay dad, tidak pernah tunjukkan sayang pada kami. rutin harian hidup kami tidak dipenuhi dengan kehadiran ayah di sisi, ayah balik kerja terus buat hal sendiri, tidak bersembang dengan kami, tidak tengok tv dengan kami, tidak membantu kami membuat kerja2 sekolah, tidak menjadi kawan kepada kami. maka aku sebenarnya amat ketandusan kasih dari seorang ayah.  

masa seawal usia aku 14 tahun, aku sudah mempunyai crush dengan seorang kenalan lelaki aku ini. aku masih ingat, aku sangat suka kan lelaki ini. tapi hanya suka dalam diam, tidak pernah sekali pun aku luahkan perasaan suka aku tu. dia memang budak famous dekat sekolah, budak bola. satu kelas dengan aku masa aku Form 3. segala rasa suka aku tu, aku luah dalam diari yang mak aku bagi masa aku masuk asrama time Form 1 dulu. aku dah ada handphone sendiri since Form 1 sebab mak aku bagi hadiah handphone lepas aku dapat 5A dalam UPSR. once aku dapat je nombor telefon lelaki ni, aku acap kali mesej dengan dia, namun hanyalah sebagai kawan. tidak pernah terluah rasa suka tu.

family lelaki ini ada gerai dekat pasar Sungkai, bila ayah aku nak makan sate, aku akan ikut mak aku ke gerai dia di sana. selalu dia akan turun malam2 tolong mak ayah dia niaga sate, time tu la aku boleh usha dia sungguh-sungguh. tapi sayang, aku dan dia mmg hanya kawan sahaja, tak pernah meluah perasaan etc. and aku tak rasa pun dia akan suka dekat aku, yela ramai yang jauh lagi cantik dekat sekolah tu, aku ni kategori comel je, tak cantik pun. pernah sekali tu kami pergi lawatan sekolah ke cameron highland, aku bawak kamera ayah aku, tiba-tiba masa balik, lelaki tu duduk sebelah aku dalam bas. ya Allah berbunga-bunga nya hati aku hanya Allah sahaja yang tahu masa tu. aku terus minta tolong kawan aku snap gambar kami berdua dalam bas tu, tapi sayangnya gambar tu kabur huhu. tetap juga aku simpan gambar kabur tu sebagai kenangan kami pernah duduk sama-sama HAHA. tu la first time aku suka dekat seseorang, tapi aku tak rasa sampai tahap cinta. sekadar crush yang tak kesampaian. 

kemudian aku pindah ke SEMETRO, ikut arwah aku sekolah sana. aku jadi pengawas time Form 4, setiap hari memang akan balik lambat sebab arwah ayah akan balik 2pm ke atas selesaikan kerja-kerja dia dulu,  kadang2 kalau ada meeting lagi lambat aku balik. so lepas habis kelas memang aku akan lepak dekat area kereta tempat ayah aku parking. ayah aku pulak memang akan parking dekat area kuarters guru ini. di sinilah cerita cinta pertama aku bermula. 

rupanya setiap hari, aku diperhatikan oleh seorang anak cikgu ni. anak cikgu ni dia tak sekolah dekat SEMETRO, tapi dekat sekolah lain. setiap hari bila aku lepak dekat depan kereta tunggu ayah aku siap kerja, dia akan perhatikan aku dari tingkap rumah dia yang memang betul-betul berhadapan dengan tempat ayah aku park kereta tu. 

satu hari, aku balik dari sekolah and terus la menuju ke tempat aku lepak biasa tu, tiba-tiba ada satu note dia letak dekat atas kereta aku (berani betul ye haha) dibuatnya ayah aku yang sampai dulu dekat kereta tak ke naya dibuatnya. tapi nasib baik la aku yang jumpa note tu. time tu aku betul-betul speechless ye tengok note tu, dia cakap dia berminat dengan aku sebab aku comel and dia nak berkenalan dengan aku, dia ada tinggalkan no telefon dia and suruh aku contact dia. perasaan aku time tu? lain macam. aku tak pernah disukai oleh lelaki, ni first time (masa kecik dulu tak dikira la walaupun aku pernah dicium oleh seorang anak cikgu ni haha).

aku terasa macam mimpi masa tu. betul ke dia ni suka aku? betul ke dia berminat dekat aku? betul ke aku ni comel? macam-macam aku rasa. berbunga-bunga betul hati aku masa tu. and the rest is history. kami berkenalan, bercouple, berdating tapi dekat sekolah je. tak pernah dating dekat luar pun. jumpa lepak2 dekat dalam sekolah je. hari sabtu pun ada time aku ada kelas tambahan, aku ambil peluang la untuk lepak dengan dia lepas habis kelas tu. 

dia ni boleh aku kategorikan sebagai soft spoken. dia tak pernah marah aku walaupun aku ni memang jenis clingy habis, kalau boleh nak mesej 24 jam. aku pun jenis cemburu buta. dia rimas tapi dia tak pernah marah. kalau aku merajuk, memang dia akan pujuk betul2 dengan ayat berbunga2 sampai aku cair. dia tak pernah ego dengan aku. through out setahun setengah hubungan kami, aku memang betul2 bahagia dengan dia. dia selalu top up kan aku. memang baik budaknya, tak pernah ambil kesempatan pun dekat aku. tapi sayang seribu kali sayang,. kami berpisah betul-betul beberapa hari sebelum SPM. aku tak ingat sebab apa. yang aku ingat, kami couple start 17 Jun 2008, dan berpisah pada Disember 2009. sebab tu SPM aku hancur sebenarnya. aku stress sangat masa tu, broken habis. yela cinta pertama kot, musnah macam tu je. 

aku ingat lagi hari kami break up, aku balik sekolah menangis2, mata sembab. mak aku perasan, bila mak aku tanya, aku taknak cerita. aku memang sejenis perahsia dan takkan meluah perasaan aku dekat parent aku. so mak aku tak cakap banyak, dia ambik kunci kereta and bawak aku jalan2 sekitar sungkai ni, mak aku just drive je sambil aku menangis dekat belakang. aku sangat ingat moment ni. moment aku broken kali pertama dalam hidup aku. aku sedih sangat-sangat time ni. dengan stress nak SPM, dengan putus cinta. masa tu rasa macam dah nak tercabut nyawa. tapi alhamdulillah, despite all that, I still did well in my SPM, cuma not up to my expectation. aku just dapat 7A sahaja, lagi 3 subjek aku kencundang. Kimia and Fizik aku dapat B+. Bio paling teruk aku dapat C+.

sampai hari ini aku tak pernah lupa kenangan cinta pertama aku ni. aku takde pun sekeping pun gambar dengan dia. tapi rasa cinta kali pertama tu tak pernah padam dari ingatan. it was magical. suddenly you love someone other than your family, you love too hard, and break too hard. 



No comments:

Post a Comment