
kejadian berlaku lebih kurang masa tgh malam, 2 Julai 1993 dekat rumah Mona Fendi and suami dia kat Ulu Dong, Pahang. Ni ha gmbr umah diorang. mmg menyeramkan!!
Tertuduh pertama ialah Juraimi Husin, pembantu Mona dan suaminya, tertuduh kedua, Mohd Affendy Abd Rahman dan tertuduh ketiga ialah Maznah Ismail iaitu Mona Fendi (nama gelaran). caye tak yg Mona Fendi ni pernah jadi penyanyi dan ada keluarkan album dan pernah tercalon dlm Muzik2 tp tersingkir masa pusingan pertama? aku pun baru tahu pasal ni sbnrnya. dlu tak baca sangat kes ni dgn detail.
Mona dgn suami dia seorang bomoh. yg si mati ni, ada kaitan dgn dua manusia ni sbb dia nak jd Menteri Besar Pahang, so dia gunakanlah khidmat bomoh pasangan suami isteri ni. yg Juraimi Husin tu, mcm anak angkat dorang la, kira pembantu dorang, dia menurut je kata si Mona dan suaminya tu. Perbicaraan kes ni berlangsung di Mahkamah Tinggi Temerloh pada tahun 1994.
Malam 2 Julai tu, pembunuhan berlaku di bilik air rumah dorang. masa tu konon2 diorang nak mandi bunga kan Datuk ni. Datuk tu dalam keadaan terbaring, sedangkan sepatutnya kebiasaannya mandi bunga dlm keadaan duduk kan? Kat sini dah timbul keraguan. kata tertuduh pertama, Juraimi, dia dengar upacara ni utk buat ibu duit, macam nak gandakan wang la. masa hari kejadian, Datuk Mazlan ada keluarkan wang RM200 000. kemudian mengikut keterangan tertuduh pertama, suami mona, Affendy, arahkan dia utk tetak leher mangsa hingga putus. dia mengaku melakukan tetakan dengan kapak sebanyak tiga kali. dua kali yg pertama leher tak putus, kali ketiga baru putus.
"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga
kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan
daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi
dalam keterangan membela diri.
Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi. Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong 18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin dan mencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Ngeri bukan? aku sampai naik loya baca benda ni. aku bukan boleh benda2 mcm ni, sbb tu takmo jadi doctor. tp gatai lak nak jadi peguam. padahal peguam pun kena deal ngan kes2 ngeri mcm ni gak. huhuhu.
ok sambung lagi. keterangan ketiga2 tertuduh ni mmg bercanggah dan berbeza antara satu lain. tertuduh pertama, Juraimi menegaskan bahawa dia dalam keadaan tak sedar masa pembunuhan tu berlaku. dia hanya menurut apa yg diarahkan oleh Mona dan suaminya. lepas dia tetak mangsa, Mona dan suaminya bergegas ke KL menggunakan kereta si mati, dan meninggalkan tertuduh pertama seorang diri di rumah tu dengan upah rm180 sebagaimana yg dikatakan oleh tertuduh pertama. dia diarahkan oleh Mona utk menanam mayat itu. kemudian beberapa hari kemudian, sepupu mangsa datang ke rumah tu mencari mangsa. dia bertanyakan ke mana Mona dan suaminya pergi, Juraimi hanya menjawab tidak tahu. selepas sepupu mangsa datang, Juraimi terus menanam senjata pembunuhan iaitu kapak dan parang yg digunakan untuk melapah mayat mangsa.
Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:
"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai
1993 hingga 12 tengah
malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor,
di Kampung Peruas,
Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri
Pahang, dengan niatbersama
seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun
Keseksaan, telah melakukan
kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB
Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan
dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah
Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34
kanun yang sama."
Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:
1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah
mengeluarkan wang hampir RM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.
2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah
yang didiami oleh Juraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad
Mazlan.
3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman
ketiga-tiga tertuduh pada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.
4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di
situ.
5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa
bulan sebelum kejadian.
6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada
penemuan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang
bertanggungjawab
dalam pembunuhan itu.
- Juraimi mengatakan dia telah menetak leher
Mazlan kerana arahan Affandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian,
Affandi dan Mona telah membuat rancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta
memberikan kerjasama.Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.
- Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan
pada malam kejadian ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas
Mazlan, Juraimi dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher
Mazlan. Motif Juraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan
dengan Noraini.
Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil
perancangan bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2
Julai 1993.Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga
tertuduh,
pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 30 Akta Keterangan. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:
"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh
beberapa ramai orang
bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap
seorang daripada
mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama
seperti seolah-
olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."
Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan
sehingga membawa maut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan
kerana mereka bertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan
bersama-sama oleh
ketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian
jasadnya dikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk
membunuh.Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum
kejadian:
- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi
beberapa hari sebelum kejadian
- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap
seorang mengasah sebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,
- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan
untuk membuat ibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,
- Juraimi akan menetak leher Mazlan,
- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam
dalam l ubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat
dikesan.
Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:
Ini membawa maksud apabila Juraimi mengaku menetak leher Mazlan di atas arahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimi mengesahkan pembabitannya dalam rancangan pembunuhan itu boleh digunakan terhadap Affandi dan Mona untuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan
percakapan beramarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang
dirancang oleh mereka bertiga.Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut
perancangan mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh
digunakan terhadap Juraimi dan Affandi.Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga
tertuduh untuk membunuh Mazlan.
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH
TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN
DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.
HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN
TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara
bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris
di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993.
Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.
yg pompan tu Mona, yg pakai spec tu Juraimi, and yg bwh tu suami Mona.
tgk la senyuman Mona, psiko gila kan?





ngeri nya -____-"
ReplyDeletedh lama xbaca berita psl pembunuhan ni.. bagus gak dikeluarkan semula..
ReplyDeletelagi satu,im not sure kalau cerita ni betul atau tak. ada sumber yang cakap Datuk Mazlan bukanlah mangsa yang pertama dorang bunuh. ada orang lain juga yang mati di bunuh. then daging mayat2 tersebut dorang masak dan bagi orang makan.tujuan perbunuhan tersebut,sebab dorang ada buat ritual,kononnya dorang perlu membunuh seramai 40 orang untuk melengkapkan ritual tersebut. we know that kan mona fendi tu bomoh.so ritual yang dorang buat tu ofcourse lah bertujuan untuk meningkatkan lagi "power". dan kebetulan juga,Datuk Mazlan adalah mangsa yang terakhir,tapi akhirnya kantoi dengan pihak polis.so ritual dorang tak sempat nak complete.. correct me if i'm wrong. (bagi ada yang membaca,kebetulan merupakan salah seorang saudara kepada mona fendi,harap jangan terasa hati. ini cuma khabar angin yg i nak kongsi,and i sendiri tak sure kalau info yang i dapat ni correct or not. hopefully,someone can giv some explaination. tq
ReplyDeletesaya juga pernah membaca surat khabar tentang fakta tersebut
Delete... Atau auta...
Deletecantik entry..tp bikin kacau bha bintik2 itam yg gugur dr arrownya.....
ReplyDeletekasi ilang bah tu bintik2 itamni..kacau bha bla mmbaca..bla nak hilite.
takotmyer....
ReplyDeletetgk snyuman dia perrrrrrr tkot...
ReplyDeletewahhhh scary gile..harap2 boleh tdo malam ni.....
ReplyDeleteErk? Knape mona fandey syum mcm tu? Ngeri aih!!
ReplyDeleteteringin nak tau motif pembunuhan...tq
ReplyDeletemoney will make you kill each other
DeleteDalam case mona ni,saya baru pri 6..oh ya saya lupa..saya ni orang Singapura..tapi mak saya orang Malaysia..saya suka baca case2 mcm gini & pelik tapi benah
ReplyDeleteRumah tu macam di Shah Alam je?
ReplyDeleteseksyen2 shah alam
Deletesebelum kene gangtung tu mona tu ada jerit.. "aku takkan mati"
ReplyDeletemcm mne klu dia tau kita bca ksah dia then dia dtg mnghntui kita,,,huwaa!!
Deletehuhuh nice
ReplyDeletesaya nak betulkan sikit cerita ni...... sebenarnya sebelum dia ke tali gantung insya-Allah dia memang sempat taubat..... ni bukan aku kata tapi ustaz yang bawa dia sebelum ke tali gantung tu yang bagi tahu..... search lagi mesti dapat info yang aku cakap ni....
ReplyDeleteAssalamualaikum... firstly just want to say, really nice post walaupun story ni dah old tapi masih ramai yang tak lupa. At least we take some lesson as well as Nurul Wani said before "because of money people willing to kill each other". tak boleh jugak nak salahkan sesiapa kerana tak semua manusia dilahirkan sempurna dan seperti kesnya Mona Fandey ni.Setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan namun apa yang penting adalah kesedaran kerana pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang benar2 ikhlas dalam bertaubat. Walaupun arwah dah meninggal janganlah diperburukkan lagi perihal mereka yang sudah berlalu. Honestly rasa sedih sangat bila ramai yang cakap wajah arwah ni ngeri. senyum dia pun tak berani nak tengok. truly, saya pun rasa terkejut tengok wajah Mona Fandey, kenapa senyuman dia macam tu sekali tpi jgnlah sampai kita mengejek cara senyumannya. Think positively as a rasional person, at least Mona Fandey redha dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan masih mampu berkata "Aku nak senyum". Jadi kesimpulannya, sama2 lah kita berdoa atas kesejahteraan roh arwah Mona Fandey agar ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah buat arwah...
ReplyDeletetibe2 je terlintas difikiran nak tau pasal dia ni pagi ni. thanks writer. moga2 jadi peguam dipihak yang benar ye nanti ;)
ReplyDeletetibe2 je terlintas difikiran nak tau pasal dia ni pagi ni. thanks writer. moga2 jadi peguam dipihak yang benar ye nanti ;)
ReplyDeleteSeram gile. Tp aku mcm tk sangka pembunuhan nie seteruk mcm nie.. Hope next time dh tkdw dh kes ii pembunuhan yg mcm nie lgi kt malaysia
ReplyDeletebikin takut woi mukanyaaa
ReplyDeleteSeramnyaa tengokk mukaa sidiaaa
ReplyDeleteUrmm..kerat 18..rm180...musykil laa..no ni ad mksud ritual nihh..
ReplyDeletehttp://www.ohbulan.com/penjaga-sel-cik-jah-dedah-cerita-sebenar-mona-fandey-sebelum-dijatuhkan-hukuman/
ReplyDeletebaca ni untuk pembetulan kefahaman. tak elok sebarkan cerita yang tak betul pasal arwah mona.
https://www.google.com/url?q=http://www.ohbulan.com/penjaga-sel-cik-jah-dedah-cerita-sebenar-mona-fandey-sebelum-dijatuhkan-hukuman/&sa=U&ved=0ahUKEwjE-bra19nKAhUUB44KHUARAzkQFggdMAA&usg=AFQjCNE3Ygi2C1JqZ0gICsQ2fEJpmW7nLg
ReplyDeleteSaya ingat lagi kata-kata ustaz yg bawa arwah ke tali gantung. Kalau dia sempat bertaubat insyaAllah dia lebih baik dari kita. Arwah pun sempat mengucap dua khalimah syahadah siap dgn terjemahan sekali sebelum pergi. InsyaAllah doakan yg baik-baik shj dan husnuzon.
ReplyDeletehttp://www.ohbulan.com/penjaga-sel-cik-jah-dedah-cerita-sebenar-mona-fandey-sebelum-dijatuhkan-hukuman/
ReplyDeleteBaca yg ni
DeleteBetulke yg ni? Sbb ohbulan punya kata lain
ReplyDeletesilly me..rupanya slma ni aku slah fham kes ni..aku ingatkan si Mona fendi yg kna bunuh..hahahaha..nice info..i get to know more about this thriller story..its kinda scary u know, how people can kill people so heartless.
ReplyDeleteFirst time tau kisah ni.. Tp gambar tak lah firat time. Pernah nmpak gambar dia. Tp tak tau kisah dia bunuh orng kerat 18. Patut ade cerita kerat 14 . Kisah mcm lebih kurang je dgn si arwah ni.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeronok baca penukisan awak. Walau dh lama d tulis tp brmnfaat hingga kini april 2018
ReplyDelete