Seorang Pelatih Dalam Kamar (PDK)

Wednesday, December 4, 2024

Parenting 101: Depresi atau cabaran?


aku menaip coretan ini di sudut office, jam 2.17 petang hari Rabu, 04.12.2024. Minggu ni, ketiga-tiga anak aku ada exam UASA untuk SRA. Last week, exam UASA untuk SK. to be honest, aku sangat penat. setiap malam aku akan berada di sisi anak-anak aku and ulangkaji subjek yang nak exam esoknya with them. aku ada tiga anak lelaki di preingkat sekolah rendah, yang sulung Darjah 4, yang kedua Darjah 3, dan yang bongsu Darjah 1. dalam masa yang sama, aku perlu uruskan rumah. basuh kain, sidai kain, lipat kain, kemas rumah. aku juga ibu yang memasak setiap hari, setiap pagi sebelum pergi kerja, 6.30 am lepas solat subuh, aku start prepare breakfast untuk Harraz dan Rizqi, Sufi tak makan pagi sebab dia cepat sakit perut nak uk uk bila makan pagi. 7.30 siap semua sekali kemas dapur, aku mandi and bersiap nak pergi kerja pulak. husband aku take over part iron baju anak2 je sebab aku kena masak pagi2 tu, so bangun pagi dia yg akan iron baju sekolah anak2 untuk diorang pakai ke sekolah and bawa ke rumah atoknya untuk transit tengah hari. 

dua minggu lepas, office aku berkemas2 untuk pindah, weekend kitorang spend untuk kemas2 file masuk dlm kotak and angkat ke bawah, husband aku pun join tolong. dapat la boss bagi seorang rm400 elaun untuk tolong kemas office weekend tu. tapi dia punya penat tu MashaAllah, membawa sampai ke hari ni. aku masih sangat penat ditambah dengan stress sebab anak2 aku tengah exam akhir tahun. Khamis lepas, malam tu lepas selesai ulangkaji dgn anak2, around 9.30pm lepas anak-anak semua solat Isyak, aku minta Rizqi bentang toto untuk anak-anak tidur di ruang tamu, masa dia ambil toto tu, terjatuhlah sebiji cawan kaca yang aku tak expect langsung ada dalam bilik anak aku tu. pecah bertaburan atas lantai bilik tu. aku terus mental breakdown masa tu jugak, aku marah Sufi teruk gila sebab Sufi yang letak cawan tu dalam bilik. aku pukul Sufi, aku jerit dekat dia sampai aku sapu kaca yang bertaburan dekat lantai siap kena selimut. aku betul-betul penat dan stress malam tu, ditambah dengan sikap anak-anak aku. aku menangis sambil sapu kaca tu. yes aku menangis. amat jarang aku menangis sebab anak-anak. sebenarnya lebih kepada aku penat, penat yang teramat sangat and aku rasa aku sangat failed as a mother bila aku marah anak sebegitu sekali. 

aku selalu rasa aku bukan mak yang baik. aku selalu tertanya-tanya macam mana mak aku buat, macam mana mak aku jaga kitorang enam beradik sebab mak aku tak pernah marah2 aku dulu, mak aku sejenis tenang je, baik and lemah lembut sangat. how can she do this? apa rahsianya? apa tips untuk parenting terbaik untuk aku follow? aku sangat-sangat takut mengenangkan semua ni, aku risau aku tak mampu jadi ibu yang baik untuk anak-anak aku. aku risau sebab masa depan mereka bergantung kepada macam mana aku didik mereka sekarang, sikap mereka, semuanya cerminan sikap aku sekarang. tapi aku selalu letih, selalu penat, sampai aku selalu marah-marah bila balik kerja. tiga-tiga anak aku lelaki and umur rapat2, boleh bayangkan tak macam mana havoc nya kehidupan aku setiap hari. tiap hari akan ada drama bergaduh la, sepah rumah, pecah itu ini. aku bukan seorang yang penyabar. aku sejenis cepat stress and marah bila tertekan. and I hate myself for that. 

aku berdoa semoga Allah SWT berikan aku kesabaran, jadikan aku seorang yang tenang dalam menghadapi cabaran dan tekanan. tenang itu mahal ya. aku perlukan ketenangan itu. aku perlu lebih sabar dan tenang menghadapi stress. aku tau hakikat yang tak ada manual untuk parenting ni, parenting ni bergantung kepada kita masing2. kita yang mencorakkan cara macam mana kita nak didik and asuh anak-anak. takde parents yang lahir dengan manual "Parenting 101: How to raise a kid perfectly?"

sekian, kak Ija colleague aku dah ajak makan. nanti aku sambung lagi. bye for now.

No comments:

Post a Comment