Seorang Pelatih Dalam Kamar (PDK)

Saturday, May 9, 2026

16 tahun selepas Mei 2010


malam aku tulis coretan ni, malam 09 Mei 2026

16 tahun lepas, malam ni aku tengah nervous, sebab esoknya aku akan bergerak ke matrikulasi Kolej MARA Kulim nun jauh di Kedah. aku nervous sebab ni first time aku berjauhan dengan keluarga aku, aku terpaksa tinggal di kolej beratus km jauhnya dari rumah aku di Sungkai. 

esoknya, kami bergerak seawal Subuh dari Sungkai, Perak ke Kulim, Kedah. pakngah pun ikut sekali tak silap aku, bergilir drive dgn arwah ayah aku. aku dalam kereta masa tu sangat nervous, aku cerita dekat kawan yg aku selalu mesej time tu, Ahmad Taufiq. masa tu kami mmg dah kerap mesej, tapi we were not in relationship yet. just mesej2 secara kerap sebagai kawan. aku cerita yg aku nervous, aku takut nak hidup seorang2 dkt negeri asing, jauh dari family. 

and aku masih ingat lagi masa dalam perjalanan ke Kulim tu, lagu Yank dari Wali Band berkumandang. saat dan detik itu, insan yang bernama Ahmad Taufiq ni ajak aku couple, in a relationship, katanya dia nak jaga aku. dia taknak biar aku sunyi seorang2 dekat matrik Kulim tu. hence, tarikh keramat tersebut 10 Mei 2010 merupakan hari pertama aku dan Ahmad Taufiq menjalinkan hubungan more than friend. 

dan turn out, tahun 2026 ni baru aku tahu. yang rupanya Ahmad Taufiq ni pilih untuk sambung Diploma in Art & Design dekat UiTM Merbok, Sg Petani, Kedah sbb aku merupakan salah satu faktornya. sebab aku dapat dulu offer ke Matrik Kulim ni. and masa UPU tu dia consider benda ni rupanya. padahal aku dan dia cuma kawan je lagi masa tu. ni pun aku tahu masa dalam perjalanan balik dari rumah mak lepas open house raya rumah mak 18 April 2026 haritu, sebab esoknya Irah dapat offer interview nak masuk Diploma in English Professional Communication di UiTM Seri Iskandar. and kebetulan dia pun dulu masa nak masuk course Art tu kena interview juga dekat UiTM Seri Iskandar tu.

so aku cakap la dekat dia masa dlm kereta tu, "tapi kebetulan betul kan kita dua-dua ni tercampak ke Kedah sambung belajar lepas SPM dulu." terus dia bidas, "mana ada kebetulan, I mmg pilih nak dkt sana sebab nak dekat dgn u."

aku baru tahu ye, 16 years later. aku mati2 ingatkan semua ni kebetulan je aku tercampak seorang2 dkt Kulim Kedah tu and kebetulan sangat dia pun dapat dkt Sg Petani tu. the rest is history, ada tercoret kesemua kenangan kami di sana dalam blog yang penuh kenangan ni. 

dan sesungguhnya benar kenangan inilah yang sangat berat, sarat dengan rahsia cinta yang tak mungkin terpadam buat selamanya. mana mungkin aku lupa, insan yang pernah dan masih sanggup buat segalanya demi aku. 

dan aku pasti, dia takkan mampu buat apa yang dia buat untuk aku kepada mana-mana wanita lain lepas ni. terlalu banyak dia korbankan. terlalu banyak pengorbanan. terlalu sakit perhubungan ini sebenarnya. cinta itu sakit lagi menyakitkan. apatah lagi setelah cinta bertukar menjadi pengorbanan tanpa sempadan. 

malam ini, malam 9 Mei 2026, entah kenapa dan bagaimana aku teringat kembali kepada tarikh 10 Mei 2010. tarikh yang menjadi saksi dua jiwa mencuba untuk sebuah perhubungan, yang berakhir menjadi sebuah keluarga kini. entahlah apa yang terjadi, betapa hebat dan cantiknya permainan takdir yang Allah SWT dah aturkan buat kami berdua. TERLALU BANYAK air mata yang keluar demi hubungan ini. sampai aku rasa lelah dan sakit sesakitnya. hingga kini sakit itu tidak pernah berakhir dan padam. 

namun sayang juga tidak pernah padam walau sebagaimana kuat aku cuba membuangnya. GILA sungguh rasanya bermain dengan cinta ni. 

apatah lagi setelah kami mempunyai tiga orang zuriat kurniaan Allah SWT hasil daripada cinta ini. 

kini, setelah 16 tahun berlalu, aku makin redha dan tenang. jika cinta pada suamiku ini adalah ujian yang Allah SWT takdirkan untuk aku, maka aku terima seadanya. biarlah ujian ini dari ujian maha dahsyat kehilangan insan2 tersayang yang pernah aku alami 12 tahun lepas. aku terima Ya Allah. aku terima dan aku redha. moga ujian ini adalah asbab untuk Kau naikkan imanku, naikkan ganjaran pahalaku, dan syurga untukku, InshaAllah. 

buat suamiku, selamat 16 tahun you. I tak mengharapkan apa-apa dah. I cuma harap kita dapat besarkan zuriat-zuriat kita dengan sebaiknya. terima kasih untuk segala yang pernah you korbankan untuk I, untuk kejayaan I. I tak pernah lupa, cuma kita dah lama hanyut dan tenggelam dalam bahtera rumahtangga ini. ujian tak pernah berhenti, cuma kita belum mengalah dan pergi. mungkin kita masih utuh di sini kerna zuriat kita, dan kita lupa, kita pernah menyintai dan menyayangi satu sama lain sehebat ini. 

 

setidaknya you masih hadir untuk anak kita setiap masa kan

No comments:

Post a Comment