Seorang Pelatih Dalam Kamar (PDK)

Wednesday, July 15, 2020

Staycation to Malacca July 2020


11 July yang lepas, aku and family pergi bercuti buat pertama kalinya selepas lahirnya Rizqi. Destinasi percutian kami dekat je, Melaka, lebih kurang sejam setengah perjalanan dari rumah kami di Banting. Impromptu je percutian kali ni, sebab ada duit simpanan lebih dalam RM1500, so aku book je hotel terus dekat Agoda, dapat hotel 4 bintang yang sangat best tengah2 Bandar Hilir Melaka tu dgn harga yg sangat murah dan berbaloi, RM167 je untuk semalam. family room pulak tu besar ada satu katil double and satu katil single, mmg muat sangat untuk kami satu family. selesai book hotel aku terus google tempat2 menarik di melaka untuk buat itinerary terus, sebab bawak anak-anak kecil ni mmg kena planning betul2 takut diorang cepat penat dan bosan. 

so destinasi pertama kami pada hari pertama is Zoo Melaka, tempat yang memang budak-budak akan rasa seronok nak pergi. kami gerak dari rumah di banting dalam jam 8.20 pagi, sampai zoo melaka dalam 9.30 camtu, tak jauh pun sebab keluar je tol ayer keroh tu tak jauh dari situ mmg terletaknya Zoo Melaka. ok jom layan gambar, simpan dalam blog ni buat kenangan supaya tak hilang. 






 






















ni gambar tangkap dgn photographer sana, kena bayr rm35 utk dpt sekeping gambar mcm ni, kami beli juga untuk buat kenangan.

lepas habis dekat zoo melaka dalam 12.30 mcm tu, kami terus gerak ke Bandar Hilir Melaka untuk makan tengah hari sebelum check in hotel/ memula pilih nak makan dekat Asam Pedas Selera Kampung yg famous tu, tapi bila sampai sana tengok orang beratur ramai giler terus tak jadi, kami pusing2 je area situ and jumpa satu kedai nama dia Asam Pedas 5 Beradik, tengok tak berapa ramai orang kami decide makan situ je sbb taknak crowded sangat tambah2 sbb bawak anak2. nasib baik rasa asam pedas dia sedap and not bad at all. cuma pedas giler hawau haha. belanja gambar sikit, lupa ambil gambar depan kedai tu. cuma harga agak mahal juga la makan set asam pedas pari and asam pedas kembung total semua rm48.




lepas makan, dalam 2.30 ptg kami gerak ke hotel untuk check in, lepas check in terus naik bilik, alhamdulillah bilik sangat selesa, bersih dan luas. sangat puas hati dgn hotel ni.





selesai check in, rehat jap sampai 4.30 petang, then keluar nak pergi makan cendol dekat Cendol Jam Besar, sedap giler okey harga pun okey berbaloi. 





lepas makan cendol yg sedap giler tu, kami tangkap gambar sekitar bandar hilir tu sbb semua tempat menarik situ walking distance je. 

















selesai berjalan, kami naik cruise, harga total semua rm85 something, ada diskaun 10% masa tu. 










seronok sangat pengalaman naik cruise menyusuri sungai melaka ni, mmg must try. berbaloi harga tiket tu sbb perjalanan pergi balik pun 45 minit, anak2 enjoy sangat.

lepas tu kami cari tempat makan and balik hotel rehat utk next day.

next day pagi2 lagi kami pergi roti canai kayu arang untuk merasa sarapan kat situ, beratur ramai gila orang tapi husband gigih nak beratur juga makan sana. rasa dia not bad la.





check out hotel terus sebelum gerak ke roti canai kayu arang








banyak pilihan nak makan apa kat sana, dekat sejam jugak la kami beratur, nasib baik anak anak bagi kerjasama

lepas setel makan kami gerak ke a famosa sbb semalam tak sempat nak pergi. 


















lepas ke afamosa, anak2 nak merasa naik beca. dapat la kawtim dgn pakcik tu harga rm25 untuk setengah jalam.. so here we goes...







pastu tangkap gambar lagi sekitar tempat menarik di melaka








lepas selesai di bandar hilir, kami pun gerak ke klebang, memula kami pergi muzium kapal selam saja nak bawak anak-anak merasa naik kapal selam. 












murah je harga tiket nak masuk muzium ni, dewasa rm6, kanak2 bawah 6 tahun free..so total rm12 je..pastu terus ke pantai klebang..lepak sana sampai petang sementara tunggu asam pedas claypot sana bukak..


belikan layang-layang untuk bebudak ni main

kol 6 kami terus gerak nak makan asam pedas last sebelum balik banting..





kat sini, sedap gila sampai skrg teringat2..


kasut pun dah kotor berjalan satu melaka 




beli juga buat kenangan. semua ni rm50.


ok sekian tu je kali ni untuk jalan2 melaka.. moga ada kesempatan unutk update blog lagi lepas ni..upload sini supaya tak hilang semua gambar ni nanti



No comments:

Post a Comment