Seorang Pelatih Dalam Kamar (PDK)

Saturday, November 24, 2018

love is all about timing


hari ni aku and husband tengok movie korea dalam laptop, tajuknya "On Your Wedding Day"




This movie is about first love, first kiss, first heartbreak. We all had someone in our lives whom we truly loved with all our heart but things didn't worked out and it wasn't just meant to be. And how after a long time you just only remember good memories from that special time.

And yes "Love is all about timing"

Aku tak ingat sangat pasal first love aku, sebab bagi aku, aku rasa suami aku adalah first love aku. sebab sebelum dia, aku tak pernah rasa apa itu cinta yang sebenarnya.

dan dengan suami aku jugak, aku belajar semua tentang cinta. betapa cinta itu penuh dengan suka duka. we spent our teenage years together, right from we were 18 years old and until now, 26 years old. aku tau aku bukan first love suami aku, aku taktau aku cinta ke berapa bagi dia. cuma bagi aku, sebelum suami aku, lelaki lelaki yang hadir tak mampu nak tunjuk dekat aku apa itu cinta yang sebenarnya,

sebagaimana yang suami aku tunjuk pada aku.

love is all about timing. yes. aku jumpa suami aku, right after aku putus dengan boyfriend aku. tanpa aku sedar, rupanya asbab aku contact dengan suami aku masa tu, rupanya dialah jodohku dan ayah kepada anak anak ku.

aku juga pernah heartbroken dengan suami aku ni. 3 bulan putus tanpa sebarang kata. aku ni senang je, bagi aku kalau dah putus tu memang takde harapan la nak sambung balik kan. tapi aku lupa, what meant to be, will be.

terima kasih suami sebab ajar aku apa itu cinta. dia memberi lebih banyak dari menerima. dia berkorban walau dia tau diri dia akan terkorban. kesabarannya tiada tolok banding. aku tak tahu apakah aku sendiri mampu melakukan seperti dia.


gambar pertama kami bersama, Ogos 2010.

terima kasih banyak banyak suamiku
tanpa kamu, aku takkan kenal erti mencintai
pertama kali aku mencintai sebegitu banyak sekali
seorang manusia bernama lelaki

dan aku takkan kenal erti pengorbanan
apa yang kamu korbankan, aku tak mampu genapkan
hanya ucapan terima kasih mampu aku ucapkan


dan ultimately, terima kasih Allah atas jodoh ini
moga berpanjangan cinta kita



2018 and counting.....

1 comment: