22 Ogos 2017 - palate repair Sufi Adha, setahun berlalu
mama taktau nak cakap macam mana kuatnya Sufi lalui sakit ni
Allah mmg kurniakan Sufi seorang yang tahan sakit
dari kecik, dia la anak yang paling tahan sakit
cucuk branula kat tangan pun rilek je tak nangis
demam batuk selsema teruk pun rilek je dia main takde pun terbaring je merengek
beza sangat dengan abang and adik dia
Sufi.. memang anak mama yang sangat kuat
jom kita throwback gambar setahun yang lepas
ketika di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan palate repair dan masukkan gromet tube dalam telinga Sufi
dua pembedahan dalam satu masa
first team ENT masukkan gromet tube dalam telinga lebih kurang satu jam atau lebih
then team Plastic Surgery pula untuk repair palate Sufi
pembedahan memakan masa lebih 4 jam
sejurus selepas tamat pembedahan, kita boleh tahu pembedahan dah siap ke belum melalui skrin yang dipaparkan masa mula mula nak masuk area dewan bedah. menangis mama tengok Sufi masa ni, dia tengah khayal sebab on morphin, tapi dia masih boleh nampak mama and nak nangis tapi tak mampu nangis sebab sakit sangat dalam mulut dia, dia cuma mampu buat suara palign perlahan dan sayu... nak panggil mama and cakap dia sakit.. Allah pedih sungguh hati masa ni, sedih yang teramat sangat tengok anak sendiri macam ni
masa ni masih dekat Recovery Bay dalam dewan bedah lagi, menunggu lebih sejam untuk masuk ke wad semula. nasib baik takde pendarahan yang teruk, so Sufi boleh masuk wad biasa balik lepas dia ok. masa ni dia demam sikit, maybe badan terkejut and kesan bius.
masa ni dah masuk wad balik, dia masih tidur je kesan morphin, tapi kadang terjaga juga minta botol dia. kena keras hati tahan tak bagi dia botol, sebab memang sebulan lebih tak boleh minum botol. sayu tengok darah keluar daripada mulut dia. tapi tak lama pun. after few hours no more darah keluar.
masa ni kesan morphin dah mula hilang, dia dah start bangun mintak makan minum. tapi still sakit so dia memang tak lalu makan apa apa pun. dia just minum air milo je dalam cawan. tu je yang dia nak. kesian sangat masa ni. and hospital ada sediakan aiskrim setiap kali waktu makan. itupun dia nak rasa sikit je. masih sakit lagi masa ni.
hospital sediakan makanan lembut lembut macam jelly bubur etc. dia langsung taknak. sesuap dua lepas tu dah. air mata mengalir je sebab sakit sangat. nasib baik mama papa jaga sekali kat hospital, dapat la bergilir jaga dia. memang mencabar emosi masa ni sebab dia selalu nangis mengadu sakit.
dah mula nak makan sikit sikit. staf nurse sini pun baik sangat pujuk Sufi suruh makan.
masa ni kawan mama papa, Pika and husband datang melawat Sufi kat HKL. Angah Azrin pun ada datang melawat. Alhamdulillah tak la sunyi sangat di hospital. tak lama pun dekat HKL ni. esoknya dah discharge sebab Sufi takde apa apa komplikasi lepas pembedahan tu. he's recovering so well.
yeay discharge. hehe. 3 malam saja Sufi di wad sini. alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga. doktor and nurse smeua baik sangat. dapat jumpa baby baby lain yang sama kes macam Sufi. cuma Sufi je yang paling besar sebab dia ada Pierre Robin Sequence. so dia kena operate lambat sikti di usia 1 tahun 11 bulan. memang abang abang sangat dia ni sebab tak merengek sangat and baik je dekat wad tu.
total bil hospital yang kena bayar. murah sangat sangat kan?? alhamdulillah perkhidmatan terbaikkk HKL ni, kos sangat murah. syukur sangat, kalau kat swasta taktau la berapa. tapi kalau gov hosp pun layanan dah ok snagat sangat, buat ape ke swasta kan? hehe.
detik terakhir atas katil Sufi di wad pembedahan plastik ni. alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami. syukur sangat sangat semua berjalan dengan lancar.
now dah setahun berlalu.
22 Ogos 2018
inilah Sufi sekarang. sihat walafiat alhamdulillah. masa Raya Haji 22 Ogos 2018.
sekian coretan kenangan 22 Ogos 2017. kalau ada apa-apa pertanyaan tentang pembedahan palate repair ni jangan segan whatsapp saya di nombor 017-4811586.
No comments:
Post a Comment