Bila dengar cerita anak orang tu, umur 19 20 dah nak kahwin,
mesti orang kata, “uih awalnye nak kawen, x sambung belajar lg ke?”
Tapi bila tengok facebook budak 12 13 tahun dh start couple,
buat biasa je.
Bila tengok kat shopping complex budak2 remaja couple
pegang2 tangan, biasa je semua tu.
Bila dengar kat berita pasal remaja2 kena tangkap basah kat
blik2 hotel, oh normal lah tu zaman sekarang.
Tapi bila remaja2 ni bagitau hasrat nak nikah sekaligus menghalalkan
hubungan yang haram, eh peliknya semua tu. Awalnya nak kahwin, belajar pun tak
habis lagi. Macam benda ni dah jadi di luar norma masyarakat sungguh la.
Ini lah yang terjadi di zaman sekarang. Mentaliti orang kita
kini. Yang jelas haramnya di’biasa’kan, yang hendak dihalalkan di usia muda, di’pelik’kan.
Sampai remaja2 yang umur 19-23 ni takut nak bersuara untuk halalkan hubungan,
sedangkan mereka ni tahu dan rasa, macam mana sakitnya berada dalam satu
perhubungan yang tak halal.
And mesti ada yang akan bidas, “lah, dah tahu camtu, putus
je la, xpayah nak couple2, senang cerita. Mengada2 pulak nak kahwin awal,
belajar pun tak habis lagi.” (dramatic sungguh ayat aku).
Ya betul, tapi cuba la korang letakkan tempat korang dalam diri
mereka. Yang aku sasarkan di sini adalah remaja yang umur 19-23 tahun ya,
mereka tu dah dikira dewasa, umur dah lepas 18. Dah cukup baligh dah, cukup
akal fikiran dah, dan memang waktu yang Allah akan hadirkan perasaan hendak
berkasih sayang, naluri yang ingin dicintai dan mencintai.
Ustazah aku pernah cakap dalam kelas, manusia ni, akan tiba
satu masanya Allah akan hadirkan perasaan cinta dalam diri, perasaan ingin
dikasihi dan mengasihi oleh yang berlainan jantina, so don’t blame them if they
are falling in love. Itu lumrah. Cuma yang pentingnya di sini, mereka itu perlu
berfikiran waras dan wajar untuk menjaga hubungan itu berlandaskan syariat
Islam. Dan kahwin awal ni, adalah salah satu cara mereka untuk menjaga hubungan
tu. Salah jugak ek?
Yang menjadi masalah paling besar, paling neraka sekali,
paling malapetaka sekali bagi masyarakat kita ialah, TAK HABIS BELAJAR LAGI. Ini
lah dia satu2nya penghalang yang dah macam jadi satu kewajipan pulak bagi
manusia kat sini, kalau nak kahwin kena habis belajar dulu. Kenapa eh benda ni
jadi isu besar? Tak percaya yang mereka ni boleh berjaya jugak even dah kahwin?
Macamlah kalau dah kahwin tu memang dah tak boleh nak belajar. Lagikan masa
diorang ni couple diorang msg 24 jam, chatting, keluar dating sepanjang masa,
boleh divide masa, takkan lah masa kahwin tiba2 dah x boleh nak manage life. Memanglah
tanggungjawab bertambah, tapi rasanya itu boleh diatasi, boleh diajar, boleh
dibentuk jika dibagi sokongan dan dorongan. Ini tak, lagi di’api2’kan mereka
ni, kononnya bila dah kahwin, kena layan suami je all the time, suami kena
kerja kuat2 cari duit sampai tak boleh nak belajar. Bukannya nak di’support’ niat
baik mereka, tapi lagi dihentam bertubi2.
Tak dinafikan, parents are the greatest obstacle dalam usaha
nak kahwin awal ni, dan sebab utama mereka jd the greatest obstacle adalah
sebab mereka nak yang terbaik dalam hidup kita, nak kita berjaya dulu, pegang
duit sendiri dulu, rasa hidup bujang dulu. Ya memang betul, tak salah pun apa
parents kita cakap, diorang kan memang dah makan garam dulu dari kita. Cuma kita
sekarang hidup di zaman yang memang penuh dengan nafsu. Semua benda dah jadi
satu jalan ke arah penzinaan. Internet, handphone, university, rumah sewa,
kereta, motor. Dengan ada semua benda ni, remaja menjadi terlalu bebas. Serius aku
cakap, TERLALU. Mak ayah jauh, tak dapat nak kawal setiap pergerakan mereka ni.
masa umur 19-23 ni lah masa paling kritikal sekali, sebab masa ni diorang
tengah hidup jauh dari mak ayah, dengan fikiran yang baru nak menjadi dewasa,
semua benda mereka nak cuba, mereka hanya akan fikir keseronokan sebelum
akibat. Why umur 19-23? Sebab sebelum 19, dok rumah, dengan mak ayah, pergi
sekolah hari-hari. Yang duduk asrama dikawal rapi, pergaulan dijaga. So masih
terkawal. Yang lepas 23 pulak, masa ni dah habis belajar, dah mula fikir pasal
kerja, fikirang dah matang untuk fikir akibat sebelum tindakan.
So kenapa kita nak halang bila mereka ini meminta untuk
diselamatkan?
Aku minta untuk kahwin awal, jujur aku cakap, kerana aku
ingin sekali ditarik semula dari arus dunia remaja yang makin lama, makin
menghanyutkan aku ke jalan yang salah. Aku menjadi begitu bebas keluar ke sana
sini dengan seorang yang tidak halal bagiku, malah aku makin mengharapkan si
dia berbanding ibu bapaku yang jauh, kerana dia begitu dekat dgnku. Aku minta
untuk dinikahkan kerana aku takut suatu hari nanti, aku hanyut dan tidak dapat
diselamatkan semula. Aku takut dah terlambat untuk aku. Dunia ni just
sementara, macam mana kalau tiba2 Allah tarik nyawa aku masa aku tengah couple
dgn seorang lelaki yg ternyata sama sekali bukan muhrim denganku.
Ustazah aku juga pernah cakap, dalam Islam, jika perlu
dipilih antara dua mudarat, pilihlah mudarat yang paling ringan.
Dalam kes ni, mudarat satu ialah takut remaja2 ni melakukan zina,
terjerumus ke lembah penzinaan. Mudarat dua ialah kalau mereka ni diberi
kebenaran utk kahwin awal, takut mereka x dpt kawal hidup lepas kahwin, and
terjadinya penceraian awal. Di antara zina dengan cerai (bukan meminta, sekadar
memberi contoh utk kes ni), yang mana lebih berat dosanya? Zina adalah salah
satu dosa besar, yang perlu bertaubat nasuha untuk diampunkan Allah, tp cerai
adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Tepuk dada, tanya iman.
Aku sangat sangat bersyukur, bila Allah bukakkan pintu hati
mak ayahku untuk memberi kebenaran aku berkahwin di usia 21 tahun. Aku sangat
bersyukur kerana ibu bapaku yang menyelamatku dari hanyut dalam arus nafsu
remaja. Walaupun pada mulanya mereka tak bersetuju, setelah dua tahun aku dan
dia mencuba, Alhamdulillah, Allah bukakkan pintu hati mereka untuk bersetuju,
walaupun jalannya tidak semudah yang disangka. Ya, sangat sangat susah untuk
mendapatkan persetujuan mereka, dah berapa air mata yang mengalir, dah berapa
perpisahan yang terjadi, dah berapa pergaduhan yang berlaku antara kami, tapi
syukur, Allah masih taknak kami mengalah. Syukur sangat Ya Allah, untuk hadiah
ini. Kau selamatkan kami, Kau tarik kami dari sebuah hubungan yang haram kpd
satu hubungan yang sangat Kau redhai, ikatan pernikahan.
InshaAllah takkan kami sia-siakan peluang ini. Semoga pengakhiran
yang baik berada di hadapan kami, dan andai Allah takdirkan yang sebaliknya
nanti, semoga ia adalah untuk kebaikan. Janganlah pula kalian menuding jari,
kerna sesungguhnya apa yang kami buat, semuanya kerana kami sayangkan agama
kami, sayangkan iman kami, dan ingin yang terbaik dalam kehidupan kami. Bukan kehidupan
yang penuh dengan dosa dan perkara haram.
Cuma aku mohon satu je, moga keluargaku dapat bersama2ku
dalam semua ini. Tanpa kalian, aku takkan mampu bergerak dgn sendiri. Kalian adalah
yang paling utama dalam hidupku, sampai mati pun, kalian tetap yang paling
utama. Ini adalah hadiah paling bermakna yang kalian beri padaku, menyelamatkan
aku tika aku hampir saja tunduk dengan godaan dunia.
Seronok sangat bila mak and ayah bekerjasama nak jayakan
majlis pertunangan kami hujung minggu ni. ayah tetapkan lauk menu, mak gubah
barang2 hantaran, opah sponsor itu ini, seronok. Baru terasa betapa pentingnya
family. J
indahnya ukhwah yang terjalin, I really appreciate what you guys did. Whatever happen
after this, I love you guys so much. Doakan yang terbaik buat akak.
Terima kasih
untuk ini. Terima kasih sangat sangat.






No comments:
Post a Comment