Terus terang aku cakap, ni baru first time aku tahu hantaran
tu camne, baru aku tahu nak bertunang kena bawak hantaran, baru aku tahu adat
merisik bertunang bagai. Seriously, aku tak pernah ade pengalaman pergi mende2
camni, paling selalu aku pergi pun kenduri kahwin je. Sebab sedare2 belah ayah
kat sini semua kecik2 lagi, mak sedara pak sedara sume dah kawen time aku belum
lahir lagi. So nak tengok siapa bertunang bagai? Memang aku zero knowledge langsung pasal adat2
melayu ni. Sampai masa sembang ngan cik abang ritu pun, dia tanye, “kita nak
bagi berapa balas berapa hantaran ni? abg ingat nak bagi 5 dulang.” Pastu aku
selambe je jawab, “oh, camtu orang balas 5 jugak la.” Haha. Pastu kena gelak
jee. Ade ke orang buat 5 balas 5? Huhu. Dia jugak la yg explain pastu.
And aku agak tak suka bila benda yang simple, diremehkan. Mcm
adat2 ni la, hadui, patutnya nak kahwin je kot, akad nikah and kenduri tu je yg
penting. Ni dah kena fikir pasal nak buat hantaran camne la, nak gubah camne
la, nak bagi apa la. And aku tahu sume benda2 ni pun bila aku nak bertunang ni.
sebelum ni tak pernah langsung tahu pasal ni. teruk kan? Huhu. Contohnya tadi, aku
dgn mak pergi kedai yang jual benda2 tok wat hantaran etc, punya la banyak gile
benda dlm tuh, lame gila mak aku dok pilih bekas hantaran, bunga. Pastu balik
tuh, mak mintak kain baju melayu yang aku beli ngan cik abang kat jakel ritu,
nak gubah jadikan hantaran. Aku cakap kat mak, “ala mak, xpayah susah2, letak
je kain tu dalam bekas yg mak beli tadi, kan senang.” Huhu. Last2 mak spend
masa berjam2 nak gubah kain tu jadi bentuk bunga. Gile terer la mak. Kagum aku.
Haih, kalau la aku ada bakat camtu gak.
Seriously, life aku selama ni sangat simple. X pernah nak
fikir benda2 camni, xpernah nak hiraukan benda2 camni. And aku lupa satu benda,
sampai satu masa aku akan menjadi dewasa. Aku akan lalui sume benda yang aku
rasa aku takkan lalui. And now, mungkin dah sampai jodoh aku, nak tak nak, aku
akan lalui jugak semua ni. and Alhamdulillah, sebenarnya benda2 ni mengajar aku
banyak perkara, mengajar aku untuk belajar menjadi seorang yang dewasa. Belajar
pilih kain sendiri tanpa mak di sisi (even asyik tanye cik abang cantik x
cantik x), pergi cari cincin pusing satu jalan TAR dgn cik abang berdua je, belajar
isi borang nak kahwin, pergi pejabat agama sendiri, pergi kursus kahwin, pergi
sana sini nak uruskan tandatangan dan pengesahan, jumpa ketua kampung yang
selama ni tak pernah langsung jumpa, jumpa tok kadi yang membuatkan cik abang
saya sangat cuak, haha. Serious, pengalaman2 camni adalah pengalaman yang
sangat berharga bagi aku. Benda yang sangat baru dalam hidup aku.
Aku mula merasa yang kehidupan ini bukan setakat pegang
buku, belajar, main fb, tgk movie, update blog. Aku mula merasa ada sisi lain
dalam kehidupan ini yang memerlukan aku menjadi seorang yang independent,
bertanggungjawab, dan mula menghiraukan kehidupan yang bergerak di sekeliling
aku. Serious aku cakap, selama ni hidup aku hanya fikir pasal study, pointer. Mak
suruh belajar masak, aku malas. Mak suruh kemas rumah, macam2 alasan aku bagi. Mak
suruh lipat baju, aku g tengok tv. Bayangkan, sampai bila aku nak camtu? Takkan
sampai aku dah habis belajar nanti pun sikap aku tetap camtu. Bayangkan umur 25
26 nanti, nak bentuk aku mcm mana lagi.
Bayangkan, yang tegur aku lipat kain salah tu adalah seorang
lelaki. Pernah sekali masa aku tgh slice sosej pun dia tegur, cara aku potong
salah. Even dia pernah masakkan untuk aku, pernah tolong aku basuh baju, pernah
ajar aku cara nak kemas baju dalam beg, pernah sekali aku nak balik dari umah
sedara dia, aku main masukkan je baju dalam beg, lepas tu dia keluarkan balik
sume baju tu and lipat elok2 masukkan dalam beg tuh. Just imagine, betapa
innocentnye aku bab2 kehidupan ni. dah selama ni semua mak yang buat. Tiba masa
aku terpaksa hidup sendiri, dah taktau sume mende. And nasik baik sangat2 aku
ada dia yang sangat sangat memahami aku.
Dia buatkan semua benda yang aku tak reti nak buat. Dia ajarkan
apa yang aku lack selama ni. bayangkan, nak pergi makan chicken chop selama ni
dia yang tolong slice kan ayam tu dulu, baru aku boleh makan. Sebab aku tak
reti nak potong ayam tu guna garfu and pisau yang disediakan. Kalau nak makan
buah rambutan, hari tu dia kaitkan kat rumah kawan kami, aku tak reti nak bukak
buah rambutan, dia yang tolong bukakkan satu2 untuk aku makan. Selama ni kalau
makan rambutan kat rumah, mak yang tolong bukakkan, xpun aku suruh adik2 aku. See,
how teruk I am kan.
Kesimpulannya kat sini, aku bersyukur, sangat bersyukur aku
ditemukan dengan dia. Mungkin dengan ini, aku akan belajar menjadi dewasa dgn
sendirinya, kerana tanggungjawab mematangkan seseorang. Melalui dia, aku
belajar mengenali kelemahan diri aku sendiri. Melalui dia, aku lihat sisi yang
berbeza dalam hidupku. Mungkin dia Allah hadirkan untuk aku, untuk sedarkan aku
bahawa aku perlu belajar menjadi dewasa, kematangan tidak akan datang dgn
sendirinya, sikap dan tingkahlaku kita dikawal sepenuhnya oleh diri kita
sendiri.
Apa yang kau tahu selama ni wani?? Sebelum dia hadir, kau cuma
tau nak belajar, sebab Allah dah memang anugerahkan kau otak yang agak bagus. Itupun
Allah yang bagi, pinjaman Allah saja. Yang lain kau taknak belajar buat
sendiri. #ketuk kepala sendiri.
InshaAllah, peluang yang Allah bagi ini, pernikahan ini,
tanggungjawab yang bakal aku galas lepas ni, aku takkan sia-siakan. Setiap yang
berlaku ada hikmahnya. Dan kini aku makin pasti, kenapa Allah pertemukan kita
semula 3 tahun yang lalu dan kenapa Allah masih temukan kita semula walaupun
selepas kita buat keputusan untuk berpisah. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik
buat hambaNya.
Sekian. Maaf entry agak panjang.






No comments:
Post a Comment