tahun ni genaplah 8 tahun aku dan suami menyemai janji dan mengikat cinta. it has been 8 wonderful years with lots of memories that can never be forgotten. i still remember our first declaration as couple which was on 10.5.2010, and 8 years from that moment, we already have 3 wonderful kids. syukur alhamdulillah.
bila kita dah kahwin, of course, things change. a lot. aku ni daripada tak pandai masak, sekarang dah boleh lah masak gulai, goreng ayam ikan, masak kari, masak nasik goreng, pasta, goreng mee. ok la daripda before kawen langsung zero knowledge pasal masak memasak ni.
suami aku, daripada langsung tak pernah pegang baby, dah superb gila bab jaga anak. setakat basuh berak anak, mandikan baby even baru lahir sekalipun, celah gigi dia je dia boleh buat haha . lagi terer dari aku yang lahirkan diorang ni. bab masak tak payah cakap la, dia lagi terer masak dari aku k, dia yang ajar aku camne nak siang ikan, masak sambal, semua lah pasal masak ni, sebab dia kata dari kecik dulu mak dia pesan suruh belajar masak, senang bila mak dah takde. and rasanya sepanjang 4 tahun kitorg ada anak ni, dia yang banyak basuh berak anak berbanding aku huhu. sebab aku selalu takde kat rumah, dari belajar sampai lah sekrang dah kerja. nasib baik la aku dapat suami yang sangat wonderful macam ni, takde la stress sangat hidup aku yang pilih bidang law sebagai kerjaya huhu.
suami aku jugak langsung takkan berkira bab makan, 8 tahun aku kenal dia, mmg naik je berat badan aku ni. cakap je apa aku nak makan, kalau tak dia masak, dia belikan huhu. bab ni aku memang respect kat dia. dia takkan pernah berkira untuk aku dan anak anak makan. anak anak teringin nak makan apa apa dia akan bawak pergi beli or makan kat kedai.
lepas kawen jugak baru aku belajar cara nak guna mesin basuh untuk basuh baju (sedih gila kan guna mesin basuh pun tak reti huhu nasib baik la suami aku ajarkan and bertabah dengan bini dia yang taktau apa ni), rajin sidai kain (sebelum kawen selalu mak aku yang sidaikan kain huhu) and bolehlah reti buat kerja kerja rumah yang dulu mak aku je yang buat. dah jadi isteri orang ni kena la pandai buat semua tu kan.
so dalam tempoh 5 tahun kawen ni, banyak benda yang belajar dari sebuah ikatan perkawinan. kena banyak tolak ansur, toleransi, tolong menolong, and banyakkkkkkkk banyakkkkkk bersabar, hah tengok kemain banyak sabar yang kena ada. sebab kita dan pasangan ktia bukan membesar sama sama dari kecik, so once tetiba duduk sebumbung, OF COURSE akan ada benda yang kita tak setuju, tak boleh ngam and tak suka dengan apa pasangan kita buat. ini NORMAL okey. akan ada perselisihan faham, merajuk masuk bilik taknak keluar, taknak makan seharian sebab EGO sangat dengan pasangan haha. semua ni ada dalam rumahtangga. cuma jangan biarkan sampai melarat. setakat ni aku and suami hanya akan bertahan gaduh sehari je, esoknya terus kembali normal mcm biasa. itulah AJAIBNYA hubungan suami isteri ni. gaduhlah mcm mana pun, tetap akan berbaik semula. cuma janganlah terlalu ego and taknak mengalah langsung, for the sake of our marriage, kena ada seorang yang mengalah and jangan panjangkan cerita selagi punca pergaduhan tu tak memudaratkan rumahtangga kita.
and pasal anak, memang penat jaga anak ni tambah tambah kalau anak anak masih kecil. toleransi dan sikap tolong menolong antara suami dan isteri sangat sangat penting. kita takkan mampu nak kawal emosi if anak anak kita meragam and buat hal, masa ni la sokongan dari suami penting. jaga anak sama sama. jangan harapkan sebelah pihak je untuk jaga anak. anak anak pun memang sangat perlukan kasih sayang dari mak bapa diorang. macam aku, ada tiga anak lelaki yang jarak umurnya rapat rapat, tapi nasiblah suami aku jenis tolong jaga anak, so aku happy je dengan life aku sekarang.
so thats it, our 8 years together and the things we gone through together all these years. i love you husband and may our marriage lasts forever. toodles.
aku dan suami serta anak anak kami di tahun kelapan kami
No comments:
Post a Comment