Malam ni aku rasa macam, what if I’m not married? Yet I
mean. Not forever of course. Sbb satu benda aku paling perasan, lepas aku
kawen, I have no time with my friends anymore. Yes, literally no. Memang takde
langsung aku hang out with friends, without my husband or with my husband. Masa
aku sekarang betul2 dgn suami aku 24 jam. And now dah ada anak, 24 jam with
them. Sem last kat uitm ni lagi la aku rasa aku takde kawan, sbb aku postpone
satu sem, so aku dah termasuk batch lain, mmg aku mcm lone ranger walaupun aku
ada kawan lama dlm kelas aku. Tapi life aku mmg pergi kelas balik kelas, no
lepak2 with friends even just makan with them, no. Tambah2 skrg aku bawak
kereta pergi uitm, lagi la aku rushing kejar masa, kalau kelas tu habis kol 10
pagi, kol 10 pagi la aku balik, takde aku nak singgah lepak2 dgn kawan ke apa.
Aku bukan nak kata life aku boring. Malah sebenarnya life
aku lagi rasa bermakna bila balik rumah, ada anak comel gila tengah tunggu mama
dia balik. Ada husband tengah tunggu nak makan sama2. I’m very happy with them
thank you Allah. But somehow, deep inside my heart, bila aku tertengok balik
gambar2 lama dgn kawan2 aku dlm laptop ni, aku rasa macam, “Ya Allah, lepas
kawen ni aku dah sombong ke dgn kawan2 aku? Aku dah hidup dalam dunia sendiri
ke tanpa peduli diorang?” serius aku rasa macam hidup aku berubah 360 darjah
lepas kawen. Dulu duduk kolej, duduk rumah sewa dgn kawan. Still merasa makan
sama2 dgn depa kat kedai makan. Ade jugak la keluar pergi shopping and tgk
wayang dgn diorang. Ade jugak buat aktiviti gila2 dlm bilik, buat pillow talk
dgn diorang sebelum tidur. Ada jugak la gaduh2 dgn kawan pasal itu ini. But
when I’m married, semua tu dah tak berlaku lagi. Macam life tu dah terpaksa aku
tinggal pergi. Bukan terpaksa actually, but aku yang pilih untuk lebih masa
bersama suami and anak. Still contact diorang melalui fb and whatsapp though,
but in reality, we are actually falling apart.
Aku pun dah tak boleh nak listkan in details siapa kawan aku
yg sebenarnya skrg. Sbb bagi aku, satu2nya best friend forever yang aku ada
skrg is suami aku. The one and only yg aku boleh harapkan time aku senang and
susah. Yang tak pernah mengeluh dgn sikap dan perangai aku. In fact, he is the
only friend I have now. Literally.
Gosh. Am I that bad? Adakah aku terlalu pentingkan diri
lepas jadi isteri orang ni? no time with any friend anymore. No lepak2 makan
and tgk wayang with them anymore? And even my husband facing the same situation
as me. Tapi dia ade jugak la arrange nak jumpa kawan dia time dia tunggu aku
habis kelas kat shah alam, but itu pun dgn harraz dalam pelukan dia, and dengan
aku di sebelah dia. Lepas ada anak, dia korbankan segala aktiviti yg dia selalu
buat dgn kawan2 dia dulu. Termasuk la aktiviti feveret dia which is main
snuker.
Mmg macam ni ke life lepas kawen? Or kami yg pilih untuk
lebih pentingkan family? Tambah2 lepas ada Harraz ni. semua benda yg kami nak
buat mmg kena fikirkan harraz dulu. He is our priority now. Nak lepak dgn kawan
ke apa, anak mesti no 1.
Ataupun sebenarnya dalam hidup ni aku mmg tak ramai kawan.
Tak ramai kawan yg rapat dgn aku.
Hmm. Tiba2 terfikir benda ni lepas tengok balik gambar dalam
lappy. Gambar sebelum kawen. Life before married.
Well, harus kena ingat. Marriage tu sendiri adalah satu
pengorbanan. Once kita pilih nak hidup berpasangan, banyak benda kita kena
korbankan untuk jaga hati pasangan. Termasuk la our life before marriage. Ada
yang still boleh di’consider’kan, but most of it kita kena let go. Sbb kita
skrg ada tanggungjawab. Tambah2 kalau dah ada anak. Makin bertambah2
tanggungjawab kita. Hmm.
To all my friends, yang mana masih kenal aku atau tak, I’m
really sorry if korang rasa aku dah sombong lepas kawen, dah tak tegur korang,
dah tak contact korang. I’m really sorry. Bukan niat aku nak lupa kawan ke apa.
Tapi mmg lepas kawen ni, life turns 360 degree. Semuanya dah jadi lain. And I’m
happy dgn life yang aku pilih skrg. Very happy actually.
Ini cuma luahan hati yang teringat cerita masa lalu.



Blogwalking sini :)
ReplyDeleteHurm. A good thing to ponder upon. InsyaAllah, ada masa, boleh imbas dan jumpa rakan lama.
well yeah. x pernah terfikir pun maybe cuz im juat 19.lol.^-^
ReplyDelete