Buat
bakal suamiku,
Terima
kasih memilih aku menjadi calon peneman seluruh hidupmu
Terima
kasih memilih aku untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu kelak
Terima
kasih memilih aku untuk menjaga makan minummu
Terima
kasih juga memilih aku untuk menjadi peneman tidurmu
Juga
terima kasih kerana yakin dan percaya untuk membawa aku bersama hingga ke
syurga.
Buat
bakal suamiku,
Aku
tidak pandai memasak makanan kegemaranmu,
Aku
tidak pandai menjahit pakaian untukmu,
Aku
juga tidak pandai menjadi isteri terbaik buatmu,
Tapi
aku berjanji aku akan cuba.
Aku
akan cuba memasak setiap makanan yg kamu sukai,
Aku
juga akan cuba belajar menjahit hingga aku mampu menjahit sehelai pakaian
untukmu.
Aku
juga akan cuba mendidik diri menjadi seorang isteri yang sejati untukmu.
Buat
bakal suamiku,
Selamat
datang ke dalam hidupku,
Selamat
menjadi bakal imam di dalam solatku,
Selamat
juga menjadi bapa kepada anak-anakku,
Selamat
menjadi anak kepada ibu bapaku,
Selamat
menjadi abang kepada adik-adikku,
Selamat
menjadi teman baikku dunia akhirat.
Selamat
juga menjadi bantal ketika lenaku.
Dan
yang paling penting,
Selamat
tahan dengan setiap ragam dan karenahku,
Selamat
sabar ketika aku mengeluh tentang ujian hidup,
Selamat
mendidikku untuk belajar menjadi dewasa,
Selamat
menahanku dari menjadi isteri derhaka,
Selamat
juga menjagaku di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.
Selamat
menyayangi dan menyintaiku hingga sampai syurga.
ikhlas dari,
bakal isterimu.



No comments:
Post a Comment