“ Bila time birthday abg, arwah mak yg akan ingat birthday
abg, dia mesti akan tanya abg, topek nak sambut birthday mcm mana tahun ni?
arwah mak je yg faham abg, yg ingat birthday abg di saat org lain semua x
ingat.”
Sumpah, dah berapa kali dia cerita benda ni dekat aku,
setiap kali dia teringat arwah mak dia. Dan setiap kali dia cerita setiap kali
tu aku akan jadi sebak, betapa insan bernama emak itu sangat bermakna dlm hidup
kita semua. Aku pun setiap kali birthday mak yg akan sambut, mak akan beli kek
and buat surprise utk aku. Just mak yg ingat and akan sambut birthday aku even
aku dah semakin meningkat dewasa. :’(
Dan bila dia cerita pasal arwah mak dia, aku sungguh
berjanji dgn diri aku sendiri, aku akan hilangkan perasaan kosong yg ada dlm
hati dia. Aku akan cuba sedaya upaya untuk ganti tempat mak dia walaupun aku
takkan mampu jadi mcm his mum. Dan setiap kali birthday dia aku akan sambut,
aku akan ingat dan takkan sekali2 aku lupa. Macam mana dia sanggup turun dr
Kedah utk buat surprise birthday for me mcm tu jugak lah aku akan buat kat
bakal suami aku ni. dah tiga tahun aku di sisi abg saat birthday dia, and aku
akan tetap berada di sisi dia sampai takdir memisahkan kami.
I still remember, hanya pernah sekali dia ada kekuatan untuk
bawak aku melawat kubur arwah mak dia, dan sekali itulah juga dia bawak aku
jumpa ayah dia, dgn tekad mengenalkan perempuan yg bakal menjadi isteri dia
suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, walaupun byk dugaan yg melanda hubungan
kami, kami kekal bersama sampai kini dah
bergelar tunang.
Dalam diam dia, dalam senyuman dia, dalam gelak tawa dia,
dalam setiap gurauan dia, I know he miss his mum so much. He always said that
hanya mak dia yg faham dia sepenuhnya. Dia cerita mcm mana mak dia sanggup bagi
duit utk dia bayar yuran utk main paintball kat sekolah di saat ayah dia kata
itu semua membazir, sbb tu mmg hobi dia. Masa tu baru aku sedar, abang mmg suka
main tembak2, game favourite dia pun game Sudden Attack, dan kadang-kadang aku
sedar abang cuba ajak aku share minat dia, sampai dia pernah creat ID untuk aku
main game Sudden Attack tuh, pernah ajak aku pergi CC utk main game tuh.
Tapi aku
ni perempuan, tak minat sangat benda2 camtu. Sekarang baru aku sedar, abang
minat main paintball, abang minat game tembak2, dan patutlah nama fb dia Fiq Sharpshooter.
found this picture in his fb back then. :)
Dah jadi tunang ni, baru aku cuba menjadi yg terbaik buat
dia, baru aku cuba nak suka apa yg dia suka, baru aku cuba nak selami apa minat
dia, apa yg dia tak suka. sbb one day, bukan one day, lg 53 hari, dia akan
menjadi suami aku yang sah. Dan sebagai seorang isteri, I will be right behind
you no matter what happened, come hell or high water, I will not leave you.
Selamat hari jadi yang ke 21 sayang, semoga berjaya dunia
akhirat, semoga Allah merahmati kamu di setiap nafas hidup kamu, dan semoga
kita mampu menjadi zauj dan zaujah hingga ke syurga kelak. :) tiada hadiah yang
paling bermakna yang dpt aku bagi kepada kamu, melainkan seorang isteri yg akan
menemani kamu di setiap langkah kehidupan kamu selepas ini. :)
this is me and my fiancee. and also my adik. hehe. comel kan kami? :))
# now I can call u abang officially, as you are older than
me: :pp



No comments:
Post a Comment