Aku semakin tidak mengerti perasaan aku sendiri. apakah semua ini hanya sekadar satu lakonan aku? Atau perasaan aku semakin keliru setelah mcm2 benda terjadi, setelah mengetahui hakikat yg tak seindah impian. Aku semakin ditolak ke tepi.
Peritnya rasa bila menyayangi
dan mengambil berat akan seseorang. Apatah lg jika kita tidak pernah
dihargai. Kesabaran jua ada batasnya. Hati perempuan, walau lembut
seperti kapas, tp jika terlalu disakiti dan dilukai, lama2 kelembutan
itu terhakis jua. Aku bukan boneka seorang lelaki. Silapku hanya
kerana jika sekali aku menyayangi seseorang, aku menyayangi dia
sepenuh hati, bukan separuh hati. Dan kerna silap itu juga aku
melakukan kesilapan berkali2 dalam hidup. Menerima dia berkali2
setelah aku dia lukai. Itu kesilapan aku.
Mungkin setelah sekian lama tersakiti
hati ini mula sedar. Bahagia bukanlah
dikatakan bahagia jika ianya tidak berpanjangan. Bahagia itu sesuatu
yg berterusan. Bukan hanya sekejap2. Jika sering air mata yg keluar
menggantikan senyuman, apakah itu bahagia namanya? Cinta itu sesuatu
yg ikhlas, lahir dr hati, bukan dipaksa dan bukan jua terpaksa. Aku
pernah mencintai dia. Tp kini aku sendiri tidak mengerti, apakah yg
aku rasa ini cinta atau sekadar satu pengorbanan perasaan utk sebuah
hubungan.
siapa yg dpt bezakan ini senyuman gembira atau palsu semata?
:/


No comments:
Post a Comment