Tak pernah aku jangka dan aku duga, aku akan bertemu kembali
dgn orang yang pernah menyakiti hatiku suatu masa dahulu. No one will ever
understand that feeling. The feeling when you have been threw up, but then,
being picked back, and then being threw up again. As you never have any pride.
As you never have any heart. Any feeling.
And that was what exactly I felt. The moment you showed up
again in my life, after you left me without any words. Is this the best you can
do? Is this how you treat a girl who given up her life just for you? After a
while, I’ve started to live without you, without thinking of you. I admit, it
is hard, it was hard. Too hard for a
girl whom love you so much, so much that you are her everything, while to you,
she was just a part of your everything. Each time she looks at herself, she
saw you, everywhere, everytime. Even when she felt alone, when she felt fear, and even when she felt happy, because
you are her life. And will always be.
After a while, she gained her strength. Trying to forget all
those memories. Your face, your gesture, your words, your laugh, your
everything. Dan setelah dia semakin mampu melupakan, kau hadir semula,
mengembalikan segala yang dia cuba sedaya upaya untuk lupakan. Tidakkah itu
sesuatu yang amat kejam utk dilakukan?? Membuang
seseorang dari hidupmu, membiarkan dia mencari arah hidup sendiri, membiarkan
dia sendirian membina kekuatan diri yang telah kau robek suatu masa dahulu,
lalu dengan tiba-tiba, kau muncul kembali, merayu sesuatu yang kau sendiri
tinggalkan, dan selepas itu, mencampakkannya kembali tak ubah seperti sampah,
yang langsung tiada nilai di matamu. Tidakkah itu sesuatu yang terlalu
kejam untuk dilakukan?
Pernahkah kau berfikir sejenak, apa yang dia rasakan tatkala
bertemu wajah itu kembali setelah beberapa lama dia cuba lupakan? Pernah tak
kau rasa, betapa kelu lidahnya untuk berkata-kata? Betapa sukar matanya untuk
menatap satu wajah yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya dahulu? Kau tak
pernah rasa. Dan tak pernah cuba memahami apa yang tersirat dalam dirinya. Kau
hadir dengan tiba-tiba, bertemu dengannya semula setelah hatinya kau robek. Dan
dia hanya diam, memandangmu dengan hati, tidak berani menatap wajah yang sedaya
upaya dia cuba lupakan. Dan tatkala dia melewatimu, dia kenal susuk tubuhmu,
dia terlalu kenal bau badanmu.. dan terlalu kenal suara yang menemaninya saban
hari, suatu waktu dahulu..
Dan bermulah sesi di mana dia dan kau menjadi tak ubah
seperti dua orang yang saling tidak mengenali. Walau dia di hadapanmu, kau di
hadapannya, namun hanya hati menjadi
pengantara. Sepatah tidak bertegur, sepatah tidak tersapa. Dia hanya mendengar
setiap tutur katamu pada rakanmu, hanya melihat gelak tawamu, senyumanmu. Tidak
berani menegurmu, tidak berani menyapamu. Kerna realitinya, kau dan dia telah
menjadi dua orang yang berbeza, bukan lagi satu. Rasa hatinya, bagai terlalu
ingin memelukmu tika itu, terlalu ingin memegang tanganmu seperti dulu,
bergelak tawa denganmu seperti selalu, memukul badanmu tatkala kau bergurau,
tapi dia sedar, kau bukan miliknya lagi. Malah dia teramat sedar, kita harus
berpijak pada bumi yang nyata. Kau dan dia hanya tinggal kenangan.
Hatinya berdegup sangat kencang, hingga dia rasa ingin lari,
ingin keluar dari tempat itu tika dan saat itu juga. Lalu dia berlalu, dengan
harapan air matanya tak akan menitis di hadapanmu.. sekali lagi. Tapi kau masih
belum puas menyiksa jiwa dan raganya. Kau mengekorinya. Kau lihat dia sedang
mendengar muzik, entah irama apa, dan dia sedang membelakangimu. Kau pergi ke
arah jendela. Memulakan sebuah bicara, kepada seorang insan yang pernah kau
sakiti. Tika itu, saat itu, dia cuba untuk tidak mengendahkanmu. Cuba untuk
tidak berinteraksi denganmu. Kerna tidak mahu peristiwa lama terulang kembali.
Tapi kau terlalu kejam. Kau mengingatkan kembali sebuah
memori yang dia telah lama cuba lupakan. Kau membangkitkan kembali sebuah
perasaan yang dia sedaya upaya cuba nafikan. Katamu, dia separuh dari nyawamu.
Katamu, kau pegang pada janjinya. Katamu, dua tahun, tak mungkin kau akan dpt
lupakannya,. Dan katamu lagi, dia perlu berubah, dia perlu sedar kesalahannya.
Dan katamu yang paling terkesan di hatinya, katamu.. dia sebahagian nyawamu,
mana mungkin kau dapat lupakan dia, dua tahun kenangan tercipta, tak mungkin
terlerai segalanya sekelip mata….
Kau letakkan segala kesalahan di bahunya. Kau ungkit segala
peristiwa yang menyakiti hatinya. Setelah kau biarkan dia terkapai-kapai mencari
dirinya kembali, setelah dia korbankan segalanya buatmu. Lalu dengan begitu
mudahnya, dengan hanya satu perkataan, dengan hanya satu pertemuan semula, kau
titiskan kembali air matanya. Setelah dia berjanji untuk tidak lagi menangis
keranamu. Setelah dia berhempas pulas cuba untuk bangkit dari kesedihan,
bangkit dari putus asa untuk meneruskan hidup.
Tanpa kau sedari, air matanya menitis di balik cermin
kacamata. Volume mp3 di tangan dikuatkan. Kata-katamu cuba tidak diendahkan. Dia
berperang dengan perasaan sendiri. Kerna setiap bait katamu menghiris hatinya.
Dan tika kau pinta untuk memeluknya, kerna kau begitu merinduinya, dia pejamkan
mata. Mencari sedaya upaya secebis kekuatan untuk berlalu pergi meninggalkanmu.
Tapi dia tiada daya.. dia tewas kerana di hati kecilnya, masih ada cinta
buatmu, cinta yang sampai akhir hayat tak mungkin akan terpadam.
Dan seharian waktu bersamamu, tak terasa setiap saat yang
berlalu. Merenung wajahmu, mengusap rambutmu. Membuat dia terkenang kembali,
setiap memori kau dan dia. Melihat keletahmu, ketawamu, senyumanmu yang teramat
dirindui, menghiris setiap sudut hati. Namun dia sedar, dia tahu, dia hanyalah
sebuah persinggahan. Perjalanan hidup akan diteruskan. Dan bagai pelangi petang,
kau tetap akan pergi, sekali lagi. Dia sedar akan hakikat itu, namun demi
kasih, demi sayang yang masih tersemai, dia gagahkan hatinya, untuk terus
bersamamu, walau hanya untuk sehari, walau hanya untuk sesaat cuma.
Sebuah diari dan sekeping warkah darimu menjadi saksi, sebuah janji yang abadi. Walau terlerai sudah ikatan zahir, namun antara kau dan dia, wujud satu ikatan batin, yang tiada siapa akan mengerti, dan tiada siapa mengetahui. Walau terpisah tujuh benua, walau terpisah tujuh langit sekalipun, terpisah jasad dan hati, kau dan dia berkongsi satu rasa, yang hanya Tuhan yang tahu.
Terima kasih kerna melukakan. Terima kasih juga kerna pernah
membahagiakan. Sesuatu yang kita harus mengerti, walau sejauh mana kita
mencuba, perancangan Allah itu lebih indah dan terbaik. Seperti aku, yang
begitu sedaya upaya cuba melupakanmu, yang siang dan malamku berdoa. “Ya Allah,
jangan didekatkan jarak yang jauh, jangan Kau temukan kami sekali lagi.”, dan ternyata doaku tidak dimakbulkan. Allah temukan kita sekali lagi. Mungkin, ada
hikmahnya untuk kita selami.
Semoga perpisahan kali kedua ini, membawa erti yang lebih
mendalam buat kita. Seperti yang aku janjikan, tak mungkin akan ada teman
pengganti. Hanya lagu kini menjadi peneman siang malamku, ketika aku begitu
merindukan kamu, kata-katamu menjadi penawar terindah. Dan kenangan bersamamu
menjadi peneman setia, yang akan sentiasa terpahat dalam diri. Selama-lamanya.
Live well. Semoga kau bahagia dunia akhirat.
“For a person who has been left, 365 days afterwards are spent in the
process of breaking up. But the thing that really hurts is the other person
doesn’t seem to be thinking of you. It feels like it is just you that can’t let
go. That person seems to have forgotten all about you and is just happy.”


No comments:
Post a Comment